Monday 23 December 2013

DALIL PERLUNYA TAKAFUL

Dan orang yang ( hampir ) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri,

hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati
( makan, pakaian dan tempat tinggal )hingga setahun lamanya,
dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya.Kemudian jika mereka keluar
( dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri ) maka tidaklah kamu bersalah 
( wahai wali waris si mati ) mengenai apa yang mereka ( isteri-isteri itu ) lakukan 
pada diri mereka dari perkara yang patut ( yang tidak di larang Syarak ) itu. 
Dan ( ingatlah ), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.




Wednesday 18 December 2013

HEALTH ENRICH (Pelan Kad Perubatan)



Health Enrich adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar.


Pelan ini mempunyai empat pelan - HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier yang menyediakan kad perubatan individu untuk memberikan anda akses serta-merta di salah satu panel hospital kami.

Siapa yang layak memohon?








Pelan Pilihan:
Health Enrich adalah pelan kad perubatan yang terbaru dari PruBSN di mana terdapat beberapa perbezaan dari pelan sebelum ini iaitu Takaful Health 2.
















Antara beberapa perbezaannya yang menjadikan ia lebih menarik dan 

menguntungkan adalah:

Jumlah had seumur hidup untuk penggunaan kad perubatan Health Enrich dari serendah RM300,000 sehingga RM4,000,000.

- Bilik dan Penginapan Hospital Harian sehingga RM1,000 dengan jumlah maksimum tahunan 365 hari.

- Pengecualian deposit hospital untuk hospital-hospital pilihan

- Khidmat Nasihat Perubatan Kedua sehingga RM1,000 (tahunan)

- Dana pemindahan organ dengan had seumur hidup sehingga RM200,000

- Perlindungan dari komplikasi-komplikasi kehamilan sehingga RM20,000 tahunan (untuk wanita)

- Bantuan kecemasan di seluruh dunia (bukan hanya di dalam Malaysia, tetapi di seluruh dunia)

- Pilihan pelan kad perubatan untuk anak sama ada 10% ko-takaful atau 100% tanggungan oleh PruBSN (sebelum ini hanya ko-takaful)


Monday 25 November 2013

Peluang Kerjaya

Prudential telah mencapai jualan RM1 Billion pada tahun 2010, 2011 dan 2012 berpejabat di Wisma Prudential, Alor Setar. Kami membuka peluang kerjaya kepada warga Perlis, Kedah, Penang, Perak,Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang berpotensi untuk menyertai bersama Wealth Planner bumiputera kami yang lain.

Kriteria yang diperlukan sebagai Wealth Planner Prudential: 
1. Minimum SPM.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Mempunyai personaliti yang menarik.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Kemahiran IT adalah satu kelebihan.
6. Mempunyai kenderaan sendiri.
7. Attitude yang POSITIF serta Jujur dan Amanah.
8. “Business Minded” dan "Independent".

Faedah dan ganjaran sebagai Wealth Planner bersama Prudential.
1. Full Time atau Part Time
2. Skim Elaun Bulanan untuk permulaan dari RM1,000 , RM1,500 atau RM2,000.
3. Pendapatan Tanpa Had dengan modal yang rendah.
4. Latihan disediakan.
5. Sistem IT yang paling canggih.
6. Trip pelancongan percuma setiap tahun.
7. Pelbagai contest sepanjang tahun.
8. Kenaikan Pangkat.
9. Bonus 6 bulan sekali.

Setelah beberapa lama bidang Insurans dan Takaful didominasi oleh bukan bumiputra, sekarang adalah masanya untuk kita mengambilalih dan mendominasi bidang ini pula.

Bagi anda yang berminat dalam bidang Marketing inilah masanya untuk menyerlahkan potensi anda. Insurans dan Takaful adalah BUSINESS, mulakan diusia muda.


Peluang terbuka luas di hadapan. Serlahkan potensi anda.


Hubungi saya sekarang
Khairul Azam
012 261 4227
Wealth Planner PruBSNTakaful

PruBSN TakafulLINK


Pelan Prudential BSN Takafulink berkaitan pelaburan yang fleksibel bersesuaian dengan perubahan hidup anda.Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.


Bagaimanakah Pelan TAKAFULINK Dapat Memanfaatkan Saya?

Untuk Perlindungan Anda Kami akan membantu anda merancang paras perlindungan yang sesuai bagi anda berdasarkan apa yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.
Pelan Prudentail BSN takaful manfaat 4 dalam 1:
1)    Perlindungan
2)    Kad Perubatan
3)    Elaun Hospital / Pembedahan
4)    Simpanan Pendidikan dan persaraan

Pelan Yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan:
Ø Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
Ø Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
Ø Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-manadana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaunsimpanan bank.
Ø Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
Ø Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
Ø Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian cukai individu sehingga RM6,000 setahun.
     
Siapakah Yang Layak Untuk Mengambil Pelan TAKAFULINK?

Sesiapa yang berumur di antara 19 dan 60 tahun layak menyertai pelan ini. Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak anda yang berumur di bawah 19 tahun.

Bagaimanakah Boleh Saya Bermula?

Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan lain-lain manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun yang anda mampu ketepikan setiap bulan.
   
Manfaat Optional & Tambahan
     
Sebagai tambahan kepada perlindungan asas yang disediakan di dalam pelan, anda boleh memilih untuk menambah manfaat opsional bagi mempertingkatkan lagi perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink. Di antara rider yang disediakan dengan Takafulink adalah:


  • Accidental Death and Disablement, Accidental Medical Reimbursement:Memberi manfaat perlindungan utama anda.
  • Medical Cover, Sekiranya anda dimasukkan ke hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Batuan Prosedur Pembedahan.
  • Major Medical Cover: Memberikan perlindungan perubatan bagi Manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan pesakit luar sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan Pesakit Luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk Bantuan Perubatan Kecemasan.
  • Hospital Benefit: Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital.
  • Disability Provider, Crisis Cover Income: Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.
  • Crisis Sheild: Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan di saat-saat anda paling memerlukan.
  • Weekly Indemnity: Memberi Bantuan Tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.
  • Contributor: Membayar manfaat tahunan sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.
  • Spouse atau Parent Contributor: Sekiranya pasangan atau ibu bapa anda meninggal dunia, atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada masa hadapan. Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila anda meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.

Bagi Keperluan Simpanan Anda
Kami juga akan membantu merancangkan simpanan anda dengan menyediakan beberapa dana bagi tujuan pelaburan anda.

Peruntukkan sumbangan untuk perlindungan dan pelaburan seperti di jadual:


Dana-Dana TAKAFULINK
Pilihlah dana-dana Takafulink yang diluluskan oleh Shariah yang dapat memenuhi keperluan pelaburan dan daya toleransi risiko anda.


Hubungi saya sekarang
Azam (Wealth Planner)
012 261 4227
azam.prudentialbsn@gmail.com

Saturday 19 January 2013

PruBSN Link Series



Masih ramai yang bertanyakan saya berkenaan Plan PruBSN Link Series ni.. Jadi, kepada anda yang masih mencari info boleh la baca di sini ya..


Plan PruBSN Link Series merupakan plan yang sama dengan Takafulink yang lama. Cuma perbezaannya adalah, plan ini telah memenuhi piawaian terkiini yang telah ditetapkan oleh Bank Negara iaitu  "Takaful Operational Framework" atau TOF. Plan ini lebih mngkhusus kepada setiap peringkat kehidupan yang mana kita sendiri tahu, setiap peringkat tersebut mempunyai keperluan perlindungan dan perancangan kewangan yang berbeza.

Plan PruBSN Link Series ini lebih menekankan kepada keperluan perlindungan atau perancangan kewangan pada setiap tahap kehidupan. Iaitu bermula dari sejak lahir, alam persekolahan, alam universiti, permulaan career, mula berkeluarga, keluarga berkembang, di puncak career dan akhir sekali selepas bersara.

Oleh itu, terdapat 3 pecahan atau komponen di dalam plan PruBSN Link Series yang kita boleh sesuaikan bagi memenuhi setiap peringkat kehidupan yang saya nyatakan di atas iaitu :

1. PruBSN FirstLink
2. PruBSN TakafuLink
3. PruBSN SmartLink

Dan setiap pecahan komponen ini disesuaikan untuk memenuhi semua peringkat kehidupan iaitu :

- Belia (Orang yang baru mulakan career)
- Baru Keluarga (Orang yang baru mendirikan rumahtangga)
- Keluarga yang Berkembang (Orang yang sudah mempunyai anak dan umur pun sudah meningkat)
- Pesara (Orang yang sudah bersara)


Belia

Pada peringkat ini, kalau ikutkan senario sekarang, ramai yang dibebani dengan hutang belajar dari PTPTN. Jadi, biasanya matlamat utama mereka adakah untuk langsaikan hutang secepat mungkin. Tapi, perlu diingat jugak simpanan perlu juga dibuat antara sebab utama :

1. Nak beli kereta : Kita perlukan downpayment + premium insurance kereta. Walau pun sekarang ni banyak yang offer "0" downpayment, tapi, kena ingat, long term, interest yang dikenakan menyebabkan kita lebih rugi. Jadi, baik simpan duit sikit2 untuk kumpul downpayment

2. Nak beli rumah : Yang ini pun perlukan downpayment. Dan juga kos2 lain seperti legal fee, stamping duty fee, Memorandum of Transfer (MOT) fee dan macam2 lagi. Jadi, nak tak nak kita perlu simpan.

3. Nak kahwin : Yang nie kalau lambat2, pada saya rugi la...:D. So, kena kumpul duit beb, takkan dulu belajar mak ayah tanggung, sampai masa nak tanggung anak orang, mak ayah tanggung jugak (utk yang lelaki)...utk yang perempuan..saya rasa sama je, takkan nak semua pakai duit parent. Kecuali le parent mmg taikun besar...:D

Jadi, ketiga-tiga simpanan di atas adalah untuk jangka pendek. Jadi, kenapa pula kita perlukan Plan PruBSN Firstlink?


Mudah saja....sekarang nie, kita nak kumpul duit untuk jangka pendek, tapi, bila kita kumpul, kita masih terdedah dari RISIKO KEWANGAN iaitu Lumpuh Kekal Keseluruhan sama ada disebabkan penyakit atau kemalangan serta risiko mengidap sakit kritikal. Jika risiko ini berlaku sudah tentu kita memerlukan rawatan segera, bagaimana kita urus kewangan kita? Adakah kita sanggup mengeluarkan duit yang kita kumpul sedikit demi sedikit untuk tujuan jangka pendek (beli rumah, beli kereta atau berkahwin) dihabiskan untuk bayar bill hospital?...

Jadi, pada peringkat ini, kena focus beberapa perkara penting :

1. Penggantian pendapatan (kalau lumpuh, dapat lump sum duit)...untuk kos sara hidup.

2. Medical Card (kalau amik yang basic pun tak per, tak payah tinggi2 sangat)..so, kalau memerlukan rawatan, tak payah nak keluarkan duit saving. Kalau cerdik, siap boleh dapat extra duit (sebab plan pruBSN Link Series nie ada disertakan dengan manfaat  elaun hospital)...kalau masuk wad sehari dapat RM 400...kalau 10 hari?..dah RM 4,000. Bill hospital dah dibayar oleh medical card...Yang ini nak amik yang basic pun boleh (murah) atau yang komprehensif, mahal sikit tapi berbaloi....

Jadi, plan PruBSN FirstLink ini boleh disertai dengan minimum caruman RM 100 sebulan, individu berumur 19 tahun hingga 25 tahun dan boleh membuat pilihan untuk tempoh matang pada umur 80 tahun atau 100 tahun.

Apa yang istimewa adalah, plan ini disertakan dengan :

A. Bonus AchieveFirst, 
B. Bonus Kesetiaan (Loyalti Bonus) dan 
C. Perlindungan berterusan sekiranya ada masalah kewangan untuk membayar caruman bulanan.

A. Bonus AchieveFirst
- Bonus ini akan memberikan RM 500 kepada client sekiranya beliau mencapai perkara2 berikut. 

a. Membeli rumah pertama
b. Menunaikan ibadah Haji
c. Berkahwin
d. Menunaikan ibadah Umrah
e. Apabila anak anda dilahirkan
f. Menerima Ijazah pasca Siswazah
Nota : Bonus hanya akan diberikan sekali sahaja

So, kalau anda ada mencapai salah satu dari yang disenaraikan di atas nie..bolehlah membuat tuntutan kepada agent anda, atau terus ke mana2 cawangan Prudential / PruBSN Takaful. Dokumen yang diperlukan untuk apply adalah seperti di bawah :

Baru Berkeluarga dan Keluarga yang Berkembang

Apabila kita melangkah ke alam rumah tangga, tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga menjadi lebih besar. Selain bekerja untuk diri sendiri, suami juga bekerja untuk menyara isteri dan tanggungan yang lain. Sekiranya ada anak, tanggungjawab juga akan menjadi lebih besar.

Terdapat 2 kombinasi plan untuk individu yang sudah mempunyai keluarga.

a. PruBSN TakafuLink
b. PruBSN SmartLink (untuk pelan pendidikan anak)

a. PruBSN TakafuLink



Pelan TakafuLink ini merupakan pelan Takaful berasaskan pelaburan yang Syariah. Selain manfaat asas iaitu Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan, terdapat pelbagai manfaat lain yang boleh disertakan dalam pelan asas ini yang dipanggil rider. Sebab apa rider? Sebab manfaat tersebut perlu diambil dengan manfaat asas (Mati atau Lumpuh)...tak boleh nak amik manfaat tersebut sahaja.

Secara ringkasnya, manfaat dalam plan TakafuLink nie terbahagi kepada 5 bahagian utama.

1. Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan
2. Pampasan sakit kritikal (36 jenis penyakit)
3. Pampasan kemalangan (mati atau lumpuh kekal keseluruhan)
4. Kad perubatan (yang digunakan untuk membayar bil2 hospital secara online)
5. Simpanan atau pelaburan untuk masa hadapan.

Secara konsep asasnya, manfaat no. 1 dan no. 5 adalah wajib diambil. Manfaat 2,3,4 adalah pilihan (maksudnya, nak amik pun boleh, tak nak amik pun boleh)

Sebagai contoh : 

Sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat kematian sahaja, tanpa ada sebarang simpanan, maka ini tidak boleh dilakukan, sebab...mahu tidak mahu, simpanan tetap akan ada dalam account pelaburan anda. 

Atau sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat medical card sahaja, so, jawapannya, plan ini tak boleh buat macam tu. Sebab, basic minimum manfaat kematian RM 10,000 mesti diambil dan simpanan ada automatik akan dimasukkan ke dalam investment unit account client.


b.PruBSN SmartLink (Pelan pendidikan untuk anak)

Umum semua mengetahui, kenapa kita perlu sediakan simpanan untuk pendidikan anak2 pada masa hadapan. Pada awal tahun setiap musim persekolahan dibuka, setiap ibu-bapa pergi menghantar anak mereka untuk sessi orientasi (bagi yang darjah 1), pernah kat kita terfikir atau terbayang, ada ke ibu-bapa yang suruh anak dia belajar main2 atau malas2?....Mesti suruh belajar rajin2....itu dari satu sudut. 

Akan tapi dari sudut yang lain, adakah kita pernah terfikir, atau pernah rancang, sekiranya anak kita yang kita hantar ke sekolah mendapat tempat di Universiti dan memerlukan sumber kewangan untuk beliau belajar atau membayar yuran pengajian...berapa yang kita sediakan untuk mereka?...atau kita hanya harapkan PTPTN untuk bantu. Lepas tu, bila anak grad, belum kerja lagi dah berhutang...dan kalau tak bayar, kena black list dan sebagainya....

Jadi, sudah menjadi tanggungjawap ibu bapa untuk menyediakan tabung pendidikan untuk anak2. Oleh yang demikian, plan PruBSN SmartLink ini memberikan salah satu option atau pilihan kepada ibu bapa untuk menyimpan ditabung pendidikan anak2....

Selain manfaat2 seperti orang dewasa (manfaat kematian, lumpuh kekal, sakit kritikal, kemalangan, medical card) terdapat beberapa ciri2 yang istimewa yang sepatutnya anda tahu mengenai plan ini yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan lain selain insurance atau takaful.

Antaranya adalah...

1- Manfaat pembayar / pasangan pembayar.

Manfaat ini akan membayar simpanan akan datang sekiranya pembayar kepada pelan pendidikan anak tersebut meninggal dunia, lumpuh kekal keseluruhan atau mengidap salah satu dari sakit kritikal. Ia bukan setakat menyimpan, malah semua manfaat yang ada didalam policy kekal seperti biasa. Bahasa yang paling mudah adalah, caruman dah le free, manfaat lain still boleh claim macam biasa.

Sekarang ni pulak, boleh combined ayah dan ibu sebagai pembayar. So, kalau salah sorang kena musibah yang saya sebutkan di atas tadi, caruman akan datang automatik akan jadi percuma.

Jadi, secara ringkasnya, kalau pembayar ada, duit untuk anak pun ada, kalau pembayar tak de, duit untuk anak Insyallah ada. Dan manfaat ini anda tidak akan dapat sekiranya anda simpan duit untuk pelajaran anak anda di bank.

2- Anugerah kecemerlangan

Sekiranya anak anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan utama, anak anda layak untuk mendapat anugerah ini mengikut skala manfaat yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual di bawah.

Pesara

Akhir sekali adalah pelan persaraan. Apabila sudah bersara, perkara penting yang kita kena fikirkan adalah pelan perubatan atau tabung perubatan. Sebab apa? sebab masa tu, umur dan meningkat, risiko penyakit semakin tinggi dan kos rawatan pada masa akan datang semakin meningkat. Jadi, kalau kita tak sediakan dari awal, sekiranya kita memerlukan dana untuk perubatan, kita akan gunakan simpanan persaraan kita (EPF atau Tabung Haji)....sedangkan sepatutnya digunakan untuk belanja kehidupan kita. Sebab masa tu dah tak kerja, so, income dah takde.


Selain itu, untuk pelan persaraan, kita juga memerlukan simpanan yang agak stabil. Jadi, kalau umur kita utk bersara kurang dari 10 tahun, dicadangkan untuk letakkan pelaburan di dalam dana Bon atau dana Urus. Kalau letak kat equity, takut kalau market drop, tak sempat nak recover...

Untuk mendapatkan quotation, boleh hubungi saya : Khairul Azam 012 2614227 sms/call, atau email saya di azam.prudentialbsn@gmail.com









Thursday 17 January 2013

Basic Insurans Takaful

Tahukah anda tentang apa itu insurans ??

Insurans adalah pemindahan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi yang dikenali sebagai pemegang polisi kepada syarikat insurans. Sebagai balasan, syarikat insurans menerima pembayaran dalam bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi menanggung kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian atau kerosakan tersebut.

Takaful Konsep yang anda harus tahu...

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Tahap kehidupan yang berubah-ubah.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi

Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda
Dana Ekuiti
Dana Urus
Dana Aman
Dana Ekuiti Dinasti (Dana Shariah dari negara China)

Berikut merupakan surat daripada Bank Negara atas lesen Takaful kepada Prudential BSN Takaful.




Anda juga boleh rujuk  di laman Prudential ini untuk maklumat lanjut https://www.prubsn.com.my/





Saturday 5 January 2013

Introduction Prudential BSN Takaful


WELCOME TO MY BLOG...


TAHUKAH ANDA APA ITU PRUDENTIAL BSN TAKAFUL INSURANS..? 





"Prudential BSN Takaful merupakan gabungan Plan Perlindungan , Plan Perubatan dan Plan Simpanan dalam SATU akaun."

Selamat datang ke laman info PRU-BSN Takaful. Ia dibina khusus untuk para pelanggan atau bakal pelanggan yang ingin mencari maklumat tentang produk dari Prudential. Laman ini akan memberi info tentang produk dari Prudential BSN Takaful . Blog ini juga telah dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada anda untuk mendapat info yang berkaitan kepada semua. Laman ini juga terbuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk menyertai kami sebagai Wealth Planner di Prudential.

Segala maklumat yang saya masukkan ke sini akan dipastikan mudah untuk difahami…InsyaAllah! Saya akan update dari semasa ke semasa...... saya pasti, anda akan temui segala apa yang anda mahukan di sini... 

-Azam PruBSN-