Thursday 10 July 2014

Salam Ramadhan



“Barangsiapa yang melakukan Ibadah sunat pada bulan Ramadhan nescaya ganjarannya menyamai melakukan Ibadah-ibadah fardhu dibulan-bulan yang lain dan barangsiapa melakukan ibadah fardhu di bulan Ramadhan, ganjarannya menyamai 70 kali ganda ia melakukan ibadah tersebut di dalam bulan-bulan yang lain” -
(Maksud Hadis Riwayat Muslim)

“Bentengkanlah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan
menangis dan mengadu (kepada Allah)
(Maksud Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tabrani dan Al-Baihaqi)


Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” Maksud: Surah Al-Baqarah – Ayat 261



“SEMPURNAKANLAH ZAKAT ANDA”



Tuesday 13 May 2014

SENARAI PANEL HOSPITAL PRUBSN TAKAFUL

Sila klik pada gambar


Rancang masa depan anda


Secara peribadi, bagaimana anda melihat kepentingan memiliki insurans?

Walaupun baru setahun jagung saya berkecimpung dalam dunia insurans, pengalaman berkenalan dengan ramai pihak menunjukkan kecenderungan masyarakat khususnya Melayu dalam memiliki insurans masih rendah. Boleh saya katakan 90 peratus daripada populasi Bumiputera di Malaysia masih belum dilindungi insurans. Sedangkan, insurans itu sendiri memberi kelebihan cukup besar kepada individu serta keluarganya pada waktu sekarang dan masa depan. Bukan saja memberi perlindungan dari segi perubatan dan nyawa, skop insurans jauh lebih besar sebagai suatu tabungan kepada individu itu sendiri pada waktu tua kelak.

Cuba anda luangkan masa untuk menjawab beberapa soalan di bawah ini: 

Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan tidak mahu memiliki polisi insurans?
Pada pandangan saya, didikan budaya masyarakat itu sendiri. Jika kita lihat masyarakat Melayu contohnya, budaya menabung itu sendiri bukanlah suatu tabiat sejak dulu lagi. Apatah lagi mengenai pemilikan insurans dalam isi rumah keluarga Melayu.
Keadaan bagaimanapun berbeza bagi masyarakat Cina. Mereka menjadikan budaya menabung serta tabiat memiliki polisi insurans sejak anak-anak masih kecil. Selain itu, timbul juga pandangan negatif memiliki insurans mengikut pandangan Islam walaupun pakej seperti Skim Takaful Prudential yang berteraskan Islam telah ditawarkan sekarang.

Jadi apa punca sebenar orang ramai enggan memiliki insurans?
Punca utama adalah faktor kewangan. Apatah lagi kesan ekonomi dunia yang secara tidak langsung memberi pengaruh besar dalam perbelanjaan harian masyarakat. Ini lebih dirasai lelaki yang menjadi ketua keluarga lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan membesarkan anak-anak di kota-kota besar. Diakui, sukar untuk lelaki menanggung kos kehidupan di kota serta pada masa sama memiliki insurans.

Apakah masih ada peluang golongan seumpama ini memiliki insurans?
Saya tidak kata, tidak. Ia berbalik kepada faktor kesedaran itu sendiri. Jika lelaki sebagai ketua keluarga menyedari kepentingan dirinya sebagai tunggak masa depan diri serta keluarga, insurans adalah jawapan terbaik dalam memastikan nasib keluarga terjamin. Bayangkan apabila diri tidak dilindungi, apa yang akan terjadi kepada nasib diri serta keluarganya pada masa depan?


Bagaimana kita ingin mengetahui kelebihan sesuatu pakej insurans itu sendiri?
Penting untuk setiap daripada kita mengenali pakej insurans yang hendak ditawarkan. Selidiki latar belakang syarikat insurans serta kelebihan yang bakal dinikmati daripada pelaburan yang kita lakukan. Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran serta pakej murah yang menawarkan insurans tanpa mengetahui butiran lanjut serta tuntutan yang boleh dilakukan di kemudian hari.
Seperti di Prudential sendiri ada banyak pakej yang ditawarkan seperti insurans perniagaan,amanah saham, skim takaful, perlindungan kesihatan, simpanan pendidikan, simpanan hari tua dan sebagainya.

Berbalik kepada persepsi, bagaimana untuk menangkis tanggapan negatif masyarakat mengenai pemilikan insurans?
Suatu ketika dulu, bila bercakap mengenai insurans orang akan melihat sebagai perlindungan kematian. Orang tidak berminat untuk bercerita mengenai kematian. Ini cerita 10 tahun dulu di mana pakej insurans banyak menjurus kepada pelan insurans nyawa yang memberi imbuhan kepada ahli keluarga jika pemilik insurans meninggal dunia.
Ketika ini, banyak pakej yang dinikmati pemilik insurans seperti bantuan perubahan,kecemasan, pakej simpanan hari tua dan sebagainya.

Apakah yang bakal dinikmati jika memiliki insurans?
Bukan saja faedah dirinya dilindungi, pemilik insuran lazimnya dibekal kad perubatan yang melayakkan dirinya menerima rawatan insentif di panel hospital swasta berdaftar. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan insurans, pesakit layak mendapat rawatan pakar berbanding mereka yang tidak memiliki insurans.
Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik insurans juga dibayar. Bukankah itu menarik?

Bagaimana aliran pemilikan insurans sepanjang lima tahun kebelakangan ini?
Boleh saya katakan, dalam tempoh lima tahun ini semakin ramai di kalangan masyarakat khususnya Melayu dan mereka yang menetap di bandar memilih untuk memiliki insurans. Kesedaran ini semakin berkembang kerana memikirkan kesan jangka masa panjang untuk mendapatkan perlindungan terbaik untuk diri serta keluarga.
Kalau kita lihat hospital kerajaan hari ini juga menyediakan rawatan pakar di mana ia mengenakan kadar bayaran tinggi untuk pesakit yang memerlukan rawatan. Sebab itu harus kita fikirkan kembali pentingnya memiliki insurans.

Pada pandangan anda, bagaimana mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kelebihan memiliki insurans?
Ia harus didik sejak kecil dan bermula dari peringkat sekolah. Menjadi tanggungjawab wakil insurans juga mendekati masyarakat untuk memastikan yang mereka faham dan sedar pentingnya memiliki insurans dalam persekitaran cukup mencabar hari ini.

Jika kita lihat berdasarkan sesetengah pelan perlindungan insurans itu sendiri, ada pelan khusus untuk individu termasuklah wanita. Bagaimana pula dengan pelan insurans lelaki?
Menyentuh mengenai pelan yang ditawarkan di Prudential, memang tidak dinafikan wanita mempunyai pelan khusus seperti Prulady dan yang terbaru Takaful Puteri. Lelaki mempunyai pelan secara keseluruhan mengikut kesesuaian dirinya. Buat masa ini, belum ada lagi pelan khusus untuk lelaki.

Dari sudut populasi jantina pula, siapa lebih banyak memiliki insurans, lelaki atau wanita? Apakah faktor yang menyumbang kepada perangkaan itu?
Mengikut sumber yang kita boleh percayai, tidak dinafikan lelaki lebih ramai memiliki insurans berbanding wanita. Mungkin disebabkan faktor kesedaran serta peranan lelaki sebagai ketua keluarga dan tanggungjawab mereka yang lebih besar menyebabkan mereka memilih untuk memiliki insurans.





Sekiranya anda masih lagi mempunyai soalan-soalan yng ingin ditanya.. jangan segan-segan untuk berhubung terus dengan saya di talian 0132614263 (Azam). InsyaAllah dengan ilmu yang ada saya akan cuba untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk semua. Rancanglah masa depan anda dengan baik bersama kami di PrudentialBSN Takaful..


Sunday 2 March 2014

PruBSN Educate

Sebagai ibu bapa, cita-cita anak-anak kita menjadi aspirasi kita juga. Kenyataannya ialah, pendidikan merupakan kunci kepada masa depan terbaik buat kanak-kanak. Tambahan pula, pendidikan tidaklah murah pada masa kini dan ianya sudah tentu meningkat pada masa depan. 

Inilah sebabnya kita perlu bermula seawal mungkin. Bina asas yang kukuh untuk anak anda hari ini dan membuka jalan kepada masa depannya yang cerah.

PruBSN Educate ialah pelan takaful berkaitan pelaburan akan membantu mengubah impian anak anda menjadi realiti.

Bagaimana PruBSN Educate boleh membantu anda? 


  • Menjamin masa depan yang cerah untuk anak anda 
  • Memastikan sumber kewangan yang mencukupi apabila tiba masanya untuk pengajian tinggi anak anda 
  • Menjamin dana pendidikan anak anda secara berterusan 
  • PruBSN Didik mengukuhkan dana pendidikan anak anda dengan perlindungan takaful. Ia akan terus bertambah jika anda meninggal dunia, mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh atau menghidapi penyakit kritikal 
  • Menjamin dana pendidikan tinggi untuk anak anda 
  • Memberikan kadar peruntukan yang lebih tinggi untuk pelaburan anda melalui Takaful Saver, jentera pengumpulan kekayaan yang unik 
  • Memaksimumkan dana pendidikan anak anda 
  • Saya akan membantu anda memaksimumkan dana pendidikan anak anda melalui pulangan yang dipertingkatkan dengan melabur di dalam Dana Urus Takafulink yang diluluskan oleh Shariah 
  • Dana anda adalah tersedia apabila diperlukan 
  • Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada nilai akaun pelaburan jika anda memerlukan wang tunai dengan menggunakan kemudahan pengeluaran sebahagian 
  • Meninggal warisan untuk anak anda 
  • Melindungi anak anda daripada kepayahan kewangan sekiranya anda meninggal dunia 
  • Menjamin caruman berterusan untuk dana pendidikan anak anda sekiranya anda tidak boleh menyara hidup disebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh atau penyakit kritikal 
  • Memberikan anda wang tunai sekiranya anak anda hilang upaya kekal dan menyeluruh atau menghidapi penyakit kritikal supaya anda boleh memberikan rawatan dan bantuan yang diperlukan kepadanya 
  • Menjamin perlindungan kewangan sepenuhnya dengan Caruman serendah RM1.67 sehari!** 


Antara kes-kes yg berlaku... Mari kita sediakan payung sebelum hujan..hanya utk kesenangan masa depan

 PruBSN Educate adalah pelan ideal supaya anda boleh berikan sebagai hadiah yang paling berharga kepada pendidikan dan perlindungan anak anda. 


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Azam 0122614227